Kelas Asas Pengetahuan Komponen Komputer dan E-Learning
30 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 April 2022, kakitangan PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah kelas bersama dengan 3 orang pelajar sekolah rendah daripada kawasan komuniti setempat seperti ketetapan berikut:
Tajuk: Asas Pengetahuan Komponen Komputer dan E-Learning
Tarikh: 29 April 2022
Masa: 2.30 pm – 3.30 pm
Di dalam sesi pertama iaitu Kelas Asas Pengetahuan Komponen Komputer, para pelajar telah didedahkan dengan pengenalan alat dan komponen-komponen yang ada secara asasnya di dalam komputer. Selain itu, mereka turut diperkenalkan dengan beberapa jenis perkakas atau peranti seperti mesin pencetak, tetikus, papan kekunci dan lain-lain.
Selain itu, mereka turut didedahkan dengan jenis rangkaian jaringan komputer iaitu Local Area Network (LAN), Metropolitan Area Network (MAN) dan World Area Network (WAN). Para pelajar telah diterangkan tentang maksud dan bagaimana jenis rangkaian ini berfungsi secara analoginya.
Di samping itu, kakitangan PEDi Tanjong Bowang turut menyelitkan sesi ringkas Klik Dengan Bijak bersama dengan para pelajar ini. Antara tajuk yang telah dikongsikan bersama ialah:
• Tahukah Anda Identiti Orang Sebenar Di Internet?
• Lindungi Kanak-Kanak Daripada Pengantunan Dalam Talian
Seterusnya, para pelajar telah dibawa ke sesi E-Learning bagi menyemarakkan lagi suasana pembelajaran yang menarik dan kondusif.
Antara kandungan sesi E-Learning ialah bermain permainan dalam talian di laman web abcya.com seperti:
Typing Rocket
• Untuk menguji ketangkasan pelajar untuk menaip huruf yang muncul dalam masa 60 saat.
Road Rally
• Untuk menguji kemahiran pelajar untuk menggunakan papan kekunci untuk menggerakkan ikon kereta tersebut dan memenangi emas sebanyak yang boleh.
Keyboard Challenge
• Menguji ketangkasan pelajar untuk menyusun semula abjad-abjad di papan kekunci dengan susunan yang betul.
Kakitangan PEDi Tanjong Bowang amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama dengan para pelajar ini.
Selamat maju jaya diucapkan !
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: